KaWan ;)

Farah Diana
7 May 1991
Selangor
Bachelor of Accountancy, UiTM KBM
My tears are still falling from my eyes, this is not about wishing you'd come back to me, and it is not about wishing someone would notice me. This is about surviving. This is about simply getting through tomorrow.

Tuesday, August 21, 2012

SELAMAT HARI RAYA


Assalamualaikum...
Hari ini farah nak cerita pasal HARI RAYA, okay apa maksud hari raya bagi korang agaknya ye? Bagi fara hari raya adalah hari kemenangan buat kita semua, sebab apa? sebab kita dah berjaya mengawal nafsu, lapar dahaga dan semua lah dalam bulan Ramadhan.. tapi bukan bermakna kita dah bebas nak buat apa kita suka okay, kalau still istiqamah itu lebih bagus..Orang ramai kata pasal syaitan kena ikat time Ramadhan tapi sekarang da lepas, heyyyy ! kalau dah berangai korang tu yang kawal pergerakkan korang ape cer, korang sendiri tahu mana baik buruk, tipu lah kalau tak tahu kan..  okay2x, di hari yang mulia ni fara nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua keluarga dan kawan-kawan fara yang nyata dan juga di alam maya.. maaflah kalau fara ade buat salah silap, fara pun tak sempurna, tapi kita semua nak jadi yang terbaik kan, macam tu jugak fara.

Tahun ni fara beraya di Kuantan, Pahang rumah nenek belah mama, 4hari sebelum raya fara dah balik kampung excited sangat kan nak beraya,hee memang best keluarga semua berkumpul kan , memang penuh la rumah nenek.. hari sabtu dah gotong royong masak, memang penuh makanan atas meja, almaklumlah hari raya.. Tapi satu benda yang tak suka dari sebelum hari raya sampai harini rata ke3, nenek dan makcik2 tanya pasal jodoh aku yang tak kesampaian tu, hamboi sampai semua tahu..huhu macam kena tanya macam polis dah.. maklong siap cakap kalau nak biar maklong carikan anak kawan2 paklong yang bagus y diorang kenal. huhu fara cakap on jela kalau tu pilihan yang terbaik, fara pun da malas nak cakap pasal bf ke ape, buang masa, fara ada kawan susah senang dah cukup buat fara happy buat masa ni.. kalau lah pintu hati ni terbuka balik satu hari nanti harap sangat terbuka untuk orang yang benar terima fara seadanya, bukan nya berpura-pura.. JANJi? itu semua tak penting, alangkah indah kalau dapat bf macam abang hafiz, siapa dy? cuzin ku y Al-Hafiz(gelaran tahfiz Al-Quran) y sekarang belajar kat U Al-Azhar, heee.. okay dah tutup cite..

Akhir kata SELAMAT HARI RAYA, SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MERAIKANNYA DENGAN PENUH RASA SYUKUR TERHADAP PENCIPTA ( ALLAH SWT )

nak kongsi gambar raya sikit..hehe




3 comments:

  1. duit raya x de... ucapan ikhlas slamat hri raya ada... jemput la dtg rumah..

    ReplyDelete
  2. wah purple dia :DD selamat hari raya dear :)

    ReplyDelete

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...