Ya Allah ,
aku masih memohon kekuatan dariMu, kekuatan hati yang benar2 sedang diuji.
Aku bersyukur atas kurniaanMu ya Rabbi..
Dan aku hanyalah seorang hamba, tidak layak untuk aku mempersoalkan segala sesuatu yang telah Engkau kurniakan.. Namun , aku hanya manusia biasa yang menyulam kembali retaknya hati kerana manusia. Kadang aku merasa bahawa hati ini sudah lelah melayan kerenah manusia yang bermacam ragam, sudah tak tertanggung rasanya. Apakah kelembutan hati kurniaanMu ini, adalh satu ujian buatku. Ya , aku terima , aku telan segalanya demi satu jalinan ukhuwah. Hati ini tetap hidup meski calar dan lukanya parah . tetap sembuh walau berkali berdarah. Itulah lumrah yang terpaksa hati kecil kurniaMu ni lalui. Ia tetap sembuh kerana hatiku sentiasa berpaut padaMu, sentiasa mencari penawar denganMu.
Pesan aku, buatmu sahabat , kau telah menduga hati ini kesekian kalinya. Namun kubalas dengan kemaafan, bukan maaf yang aku harapkan namun belajarlah teman dari salah yang sama2 kita lakukan dan aku akui kita manusia biasa tak pernah lari dari melakukan kesilapan, berhentilah menuding jari kearah yang lain sama2 kita bermuhasabah diri. Aku punya salah dan aku akui itu. Kamu juga punya salah yang nyata , namun apakah kamu akui itu. Jawapannya ada pada kamu. Sahabatku selagi Allah menitipkan batas kesabaran yang tebal buatku selagi itu hati nurani ku hidup namun aku tahu sampai satu tahap kau jua akan mematikan hati ini jika , kamu tidak pernah sedar akan silapmu, jangan biarkan kelembutan yang aku titipkan selama ini hilang, dek kerana keegoaanmu sayangku..
maaf andai aku katakan hatiku dapat merasakan bahawa kau berbohong padaku...
hey, be strong okay :) think positive too :) saya dah follow awak .. kalau awak sudi follow saya balik, follow laa. papehal, thanks sebab datang singgah blog saya :)
ReplyDeletehai dear :) be strong girl, okay? ohh yaa, hati kita akan tenang kalau kita memaafkan. maybe kita tak boleh lupa apa yang pernah dia buat dekat kita, tapi dengan memaafkan, kita boleh hidup dengan ceria tanpa dendam. yang lepas jadikan iktibar yaa :DD
ReplyDeleteAwak InsyaAllah awk boleh :) kuatkan semangat ya... chayok2 :P
ReplyDeleteini apa yg di rasakan.
ReplyDeleteem
ujian itu menguatkan iman dan mendekatkan kita kepada Allah ^^
ReplyDeleteterjun laut jumpa ikan yu,
ReplyDeleteharap awok dapat sabar selalu.
ngeh ngeh ;)
be strong. Allah is always by our side..
ReplyDeletesalam ramadhan ;)
kekuatan terbesar dalam diri manusia adalah selalu ingat kepada sang pencipta....
ReplyDelete