Assalamualaikum dan selamat pagi....
Hari ini aku nak cerita pasal result, result apa? haha UiTM okay..
Biasa la sebelum exam kuar macam2 lah ramalan keluar kan, apatah lagi dengan dugaan yang datang bertimpa-timpa time final exam haritu.. ini semua sebab hati yang xmampu nak mengawal emosi dan tingkah laku, maaf ye hati...aku sering buat kau terluka..maafkan aku ..
Okay tepat pukul 12am terus sign in yahoo, tak sabar benar rasa diri ini nak melihat keputusan sebab aku dapat rasakan keputusan teramatlah teruk, hanya Allah je yang tahu perasaan aku ketika itu..sehinnga pukul 2.18am kalau tak silap muncul lah email dari ISIS UiTM, aku terdiam adakah hati aku sudah mampu nak menerimanya sekiranya keputusan ku hancur, repeat or so on..dengan lafaz basmalah aku membukanya.. Alhamdulillah...dengan izin Allah aku masih lagi dapat meneruskan pengajian. Bersyukur seadanya kerana sejauh mana usaha yang dilakukan maka setimpal dengan apa yang diperolehi. Syukur ke hadrat Illahi yang sentiasa memberi kekuatan kepada aku untuk menempuh segala dugaan yang telah diberikan. Okay tak perlu rasanya nak cerita result full sebab aku pun tak sanggup nak tengok nya banyak kali, cukup sekadar itu sahaja.
Kawan-kawanku selalu menasihati aku "Allah tak kan bagi dugaan yang tak mampu di tanggung oleh hambaNya" ini yang selalu aku pegang selama sebulan peristiwa pahit ini berlaku, dah sebulan rupanya, insyaAllah aku akan bertambah kuat satu hari nanti mungkin, tapi kalau boleh aku tak mahu tahu langsung tentang kisah hidup dia, diharap dia juga tak perlu nak menghebohkannya, mungkin itu cara dia nak aku lupakan dia, tapi mungkin itu juga tindakan yang kurang bijak. Pikirkan lah wahai sahabat, jika mahu berubah bukan itu jalannya..fikirlah dengan rasional ;)
Last sekali aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat family & kawan-kawan semua yang tidak putus2x bagi semangat dan dorongan kepada aku sehingga hari ini . aku sayang korang semua ! sem ni aku da tak mampu nak join korang pergi dinner dekan lagi, tapi aku gembire untuk korang semua ;)
Salam..
keep moving dear..
ReplyDeletedon't give up..
caiyok!!! =D
go go go, Farah !
ReplyDelete