KaWan ;)

Farah Diana
7 May 1991
Selangor
Bachelor of Accountancy, UiTM KBM
My tears are still falling from my eyes, this is not about wishing you'd come back to me, and it is not about wishing someone would notice me. This is about surviving. This is about simply getting through tomorrow.

Wednesday, July 25, 2012

Renungan dari sahabat buat diriku ;)

Duhai kawan,
Dalam melangkah pergi, terkadang diuji dengan seribu keperitan, terasa berat untuk melangkah apatah lagi untuk berlari. Namun itu semua hanyalah sementara, kerana selepas malam akan bergantinya siang yang indah. Biarpun pelangi tidak akan selama-lamanya. Namun billa mentari terbit kemungkinan di situ akan muncul pelangi indah biarpun pelangi itu bukanlah suatu yang mudah untuk kelihatan hanya ketika bumi ditimpa hujan… 

Duhai kawan,
Ayat-ayat ini ku tuliskan untukmu.. Ayat-ayat yang penuh dengan peringatan dan hikmah… Ayat-ayat yang diturunan olehNYA 
Duhai kawan, 
Baca lah ayat ini.. 
Jadikan ayat ini sebagai terapi di kala tarbiyah ALLAH menyapa..
Agar dikau bisa menjadi seorang insan yang tabah…
“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin ALLAH; dan barang siapa beriman kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11 
“(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata “Sesungguhnya kami milik ALLAH dan kepadaNYAlah kami akan kembali”” – InnaliLLAHI Wa inna Ilaihi Rajiun. –al-Baqarah : 156.

Duhai kawan,
Ketahuilah hakikat bahawa segalanya itu adalah ujian bagimu untuk menguji keimananmu…
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut :1

Duhai kawan,
Sesungguhnya ujian itu sebenarnya dan selayaknya buatmu, hanya dikau yang mampu untuk menempuhinya, walaupun terasa berat olehmu…
“ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286. 
“ALLAH tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan ALLAH kepadanya”- at-Talak : 7

Duhai kawan, 
Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu… Bangunlah dikau dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya… Kau adalah insan yang kuat dan gagah … 
“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139

Duhai kawan,
Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian… Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu… Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…
“Dan mohonlah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45

Duhai kawan,
ALLAH tahu kesedihan hatimu.. 
ALLAH tahu kau rasa lemah disaat ini.. 

Namun jika kau bersabar dan redha.. 
Ganjarannya sangat besar, terlalu besar.. Percayalah!
ALLAH yang MAHA KUAT sedang melatih kamu untuk menjadi kuat. BERBAHAGIALAH!

*terima kasih sahabat atas ayat-ayat yang telah kamu bagi ini, aku harap ia akan membuatkan diri bertambah kuat di hari-hari yang mendatang* #SA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...