Assalamualaikum ...
Mood hari ni nak cerita pasal cinta…hihi
Setiap orang mesti akan rasa bagaimana indahnya perasaan apabila dilamun cinta. Cinta tu sebenarnya adalah rasa kasih sayang antara dua hati yang punya perasaan ingin memiliki dan dimiliki. Cinta tak boleh dipaksa. Kita pun tak boleh minta untuk jatuh cinta dengan A atau dengan B. Kita juga tak boleh memaksa orang yang kita cinta itu ada perasaan yang sama macam yang kita rasa. Cinta itu hadir dengan izin Allah…dia yang mengatur segalanya...
Kadang kala walau sekuat mana kita nak menafikan cinta yang muncul tu...akan semakin kuat lagi cinta itu datang. Kita kena ingat jangan pernah belajar membenci orang kerana mungkin Allah akan terbalikkan hati kita menyintai dia suatu hati nanti. Namun apa yang paling ditakuti apabila cinta hadir tanpa diduga dan hadir pada tempat yang tak sepatutnya..hmm #mystory
Menyintai insan yang bukan sepatutnya amat menyakitkan. Siapakah insan yang tak sepatutnya tu???
HAK MILIK ORANG LAIN
Memang betul urusan hati di atur oleh Allah, namun jika tersalah tempat meletak cinta dan sayang tak salah berundur agar tidak banyak hati yang terluka di kemudian hari kan.. tak gitu ?
Urmm hope kita dapat nikmat kasih sayang sesama kita walau tak menyangka cinta yang hadir secara tiba-tiba itu akan mengubah takdir kita..Mungkin dulu kita seorang hamba Allah yang lalai dan leka dengan perintah Allah.. Namun dengan cinta itu kita berusaha jadi orang yang lebih patuh pada perintah Allah dan mendapat kebahagiaan yang kekal …Amin.
p/s : Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
cinta pada Tuhan kekal abadi :)
ReplyDelete