KaWan ;)

Farah Diana
7 May 1991
Selangor
Bachelor of Accountancy, UiTM KBM
My tears are still falling from my eyes, this is not about wishing you'd come back to me, and it is not about wishing someone would notice me. This is about surviving. This is about simply getting through tomorrow.

Thursday, August 25, 2011

Kisah RAMADHAN



2002
Tamat sahaja belajar bab solat terawikh dalam subjek Ibadah/Fiqah, aku dan AIMI janji nak pergi terawikh sama-sama malam itu. Bersungguh-sungguh kayuh basikal. Masa ini, taman perumahan aku duduk baru ditubuhkan, surau pun tak sempat siap (sebenarnya pihak pemaju dah terlambat siapkan rumah-rumah di sini dari jangkamasa yang dijanjikan). Surau kami adalah rumah teres yang diwakafkan. Lepas habis solat, orang kiri kanan salam laga-laga pipi. Kami ikut sahaja. Bila tiba giliran kami nak berlaga pipi, kami senyum dan tergelak-gelak sambil kata 'Hmm, tak payahlah', lalu bersalam.

2011
Aku dan Aimi dah lama tak jumpa. Tetapi hari itu aku datang rumah dia dengan motor. Taraf hidup meningkat, dari basikal kini sudah bermotor. Cuma dia je yang tak reti bermotor sampai sekarang dan masih nekad mahu beli basikal ... nanti. Kami tak dapat spend masa lama jadi kami cuma ke Bazaar Ramadhan bersama. Nafsu tidak mengawal diri aku hari itu. Aku tidak tahu mahu beli apa. Maka, kami ulang alik di Bazaar itu 2 3 kali. Satu perkara yang kami setuju 'ehh, kita dah tak kenal orang-orang dekat sini, ya ? dulu ulang alik 2 3 kali macam ini juga tapi semua kita kenal.' Betullah, taman perumahan aku sekarang dah bertambah maju.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...