KaWan ;)

Farah Diana
7 May 1991
Selangor
Bachelor of Accountancy, UiTM KBM
My tears are still falling from my eyes, this is not about wishing you'd come back to me, and it is not about wishing someone would notice me. This is about surviving. This is about simply getting through tomorrow.

Monday, January 17, 2011

KHURAFAT- Perjanjian Syaitan

FilemKhurafat-Perjanjian Syaitan
Pelakon: Shamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Salina Saibi, Fauziah Nawi


Filem Khurafat--- Adakah anda terasa basi cerita ni? Maaf, belom lagi. Tak sampai seminggu pun cite ni ditayangkan kat pawagam. So, sekarang nak wat review pasal cerita Khurafat ni yang diarahkan oleh Syamsul Yusof.

So, kenapa wa cakap filem Khurafat: Perjanjian Setan ni  filem “ketakutan dalam kebijaksanaan”. Sebab bagi wa, cerita ni dapat sampaikan keseraman dan ketakutan (kat diri sendiri la, kat korang wa tak tau..) yang mana garapan dan  olahan jalan cerita dia memang adalah sedikit bijak. Kenapa? Sebab apa yang diteka semuanya salah.

Contohnya, wa teka satu watak ni: jahat. Kononnya predict yang dia ni la yang hantar benda-benda tak elok tu. Tapi sebenarnya wa silap. Bukan dia yang jahat, tapi dia adalah mangsa. Can see the link?  Then, watak pelakon pembantu pon hampir kesemuanya diolah dengan baik. Sebab watak-watak pembantu ni ada la yang dapat meninggalkan bekas dan kesan kat dalam hati ni. Kiranya dorang ni berjaya menghidupkan watak dorang.

KETAKUTAN
Sepanjang tengok cite ni, wa asyik selubung je (terkantoi di situ..). Sound effect dia boleh dikatakan baik la. Kiranya menjadi la keseraman dia (sebab dapat "mendebarkan" hati orang dan membuatkan penonton terjerit sana terjerit sini). Paling tak tahan, ada yang rasa macam nak keluar je dari panggung wayang tu. And one more thing, babak eksiden tu memang tabik spring la! Gempak giler.. Rasa cam betol-betol je.

KELAKAR
Ni bukan kelakar sebab jalan cerita filem ni. Tapi ni kelakar sebab gelagat-gelagat penonton cinema tu begitu mencuit hati tetibe jep menjerit jerit. Masa dalam panggung wayang tu, wa duduk kat seat tengah. Tak belakang sangat dan tak depan sangat.

KELEMAHAN
Kelemahan tak banyak pun. Tapi kelemahan yang ketara adalah kenapa setiap masa mesti kena gelap? Even kat dalam hospital pon gelap? Kalau kat dalam bilik mayat gelap tu boleh dimaafkan lagi. Tapi kalau kat dalam bilik pesakit takkan nak gelap sepanjang masa? Setahu wa (pengalaman kene hospitalized), walaupun dah tengah malam, cahaya dalam wad pesakit tu takdelah segelap tu samada kat hospital kerajaan atau pon swasta. Still lagi ada cahaya tau (berdasarkan pengalaman..). Bilik staff..bilik kat rumah..ruang tamu..hmm..takde lampu ke? Mau jimat elektrik ye? (=.=')

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...