Bahan-bahan
1 cawan / 225gm butter
1/2 cawan / 100gm gula
5 biji telur
1 cawan / 250ml susu pekat
1/2 cawan / 125ml susu segar/uht
2 cawan / 200gm tepung gandum/tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder (tidak perlu jika menggunakan tpg naik sendiri)
2 sudu besar oren/strawberry/pandan
Cara-cara
- Pukul butter dan gula hingga kembang dan berwarna putih.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
- Masukkan susu pekat dan susu segar. Kemudian masukkan tepung dan gaul hingga sebati, x perlu pukul.
- Akhir sekali masukkan perasa yg di kehendaki. Saya buat strawberry dan oren..mmg sedap.
- Masukkan kedlm loyang bergris dan bakar dengan suhu yg rendah 150 - 160 c selama 40-45min..bergantung kpd oven masing2.
*belum cuba belum tahu ;)
No comments:
Post a Comment